Thursday, August 20, 2015

PD Jigging Session! Misi Kerbau!

Trip Jigging PD - 18 August 2015 Anggota: Kecik, Shah & Yuih Hasil: GT, Merah, Talang Enjoy!!!

Monday, August 17, 2015

Pertandingan Video Pendek TCE Sports 2014

Tahniah kepada salah seorang ahli Picisan Anglers saudara Fakhree Ahdon a.k.a Apex yang telah berjaya mendapat tempat kedua pertandingan video pendek anjuran TCE Sports. Saksikan videonya di sini:
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudara Fakhree Ahdon a.k.a Apex. Semoga Picisan Anglers akan terus maju :)

#Throwback Peacock Bass Air Kuning, Perak

Memancing bersama sifoo Fakhree Ahdon (Apex) & Azlan Alias (Ask Wallycom) Nelson Nakamura Lure, Sara sara, Magic Stick, Perak - Malaysia

Sunday, June 9, 2013

Komplot Kolam JPJ Semenyih

Salam semua, Sekian lama blog x diupdate kami sajikan komplot kami ke kolam JPJ Semenyih. Sorry la baru nak update setelah sekian lama sebab aku kawin mane ade masa. So kali ni trip kami mencuba nasib di kolam JPJ Semenyih. Lokasi kolam berdekatan Jabatan Timbang JPJ Semenyih.



Rules and regulation of the Kolam. Sekadar Info.



Jadual ikan extra yang dimasukkan ke dalam kolam. Kat kolam nieh ade Siakap, Kerapu, Kaci, Senangin Taiwan tapi yang paling banyak Siakap je tp kuat-kuat best melayannn.



Pemandangan kawasan Kolam JPJ Semenyih ini, time pagi memang mencakop dan paling mencakop cara casting.





Harga sekali pancing minimum 3jam rm60 skali deposit. Yang bestnya ikan di kolam nieh sihat-sihat, agak besar untuk main dengan rod kecik dan kuat bertempur sedap laa kalo bawak rod kecik mmg best melayan hehehe.



Antara hasil-hasil casting



4 ekor je sorang Wan. KebaBOOM!!! siap balik sedekah kengkawan Maed ngan Naem lg sekoq dalam sekilo lebih.



Lan dan Apek bersama siakap dan Senangin Taiwan a.k.a BEWAKKK Lan 2kg++ hehehe menganjing sakan la Lan dok tayang kat pakcik-pakcik kerek kat kolam tueh hahhaa padan muka dioranggg.

Monday, May 20, 2013

Sirkit Pancing Putrajaya Siri 2/2013 [26 Mei 2013] - Daftar Yuran RM10.00/joran


Date: 26 May 2013
Time: 6:00 AM - 8:00 PM
Venue: Sisiran Tasik Presint 1 dan Sisiran Tasik Taman Wawasan Presint 2
Sirkit Pancing Putrajaya Siri 2/2013
TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN (Siri 2)

Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 26 Mei 2013 iaitu pada hari Ahad (7:30 pg hingga 12:30 tgh).

Hadiah Pertandingan                                                                                                                                 
i.Tempat Pertama RM 7,000.00
ii.Tempat KeduaRM 5,000.00
iii.Tempat KetigaRM 3,000.00
iv.Tempat 4-13RM 200.00
v.Tempat 14 – 20Saguhati

Pendaftaran untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut :
Di kios Information Center, Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat Khidmat Pelanggan di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula pada 13 – 24 Mei 2013. Waktu urusan kaunter dibuka pada jam :
         
  • 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
  •      
  • 2.00 hingga 5.00 petang
  •      
  • Pendaftaran secara online bermula pada 6 Mei 2013 dan berakhir pada 22 Mei 2013, jam 11.59pm
  •      
  • Tapak pertandingan bermula jam 10.00 pagi,  25 Mei 2013 sehingga tamat masa pertandingan 12.30 tengahari, 26 Mei 2013)
  •    
   
Acara Sampingan 
Program Kenali dan Mengenali Burung (25 – 26 Mei 2013)
  • Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar.
  •    
  • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori iaitu 9 - 7 tahun dan 10 -12 tahun).
  •    
  • Pertandingan Memancing Udang untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan bayaran RM 3.00/20 minit.


JOM LAA DAFTAR..SEMBANG KATA GENG "KEBABOOM.." TAKKAN X BERANI KOT..


*Pendaftaran Online [Klik Di sini]



JENIS-JENIS IKAN YANG DI PERTANDINGKAN

Sebarau (Jungle Perch)     >10 in. /25cm
Jelawat (Sultan fish)     >10 in. /25cm
Belida (Knife fish)     >10 in. /25cm
Ketutu (Marble Goby)     >10 in. /25cm
Lampam (Barb)     >7 in. /18cm
Tenggalan (Another type of Barb)     14 in. /30cm
Kelah (Mahseer)     All sizes
Temoleh (Jullien’s Golden Carp)     All sizes
Tengas (Copper Mahseer)     All sizes
Bujuk (A type of snakehead)     All sizes
Kerai (Another type of barb)     All sizes

Saturday, May 18, 2013

Komplot Putrajaya Bawah Jambatan & Port Rahsia

Salam, Setelah menyepi dan agak bersawang blog nieh, kami pun merancang tuk mengadakan trip satu hari lenjan!!! Cakap banyak x guna tgk je gambar2 bawah nieh. Toman mega, toman lucut dan Shah Sebarau.

FIRST REPORT: PORT BAWAH JAMBATAN PUTRAJAYA







Port shah menghook sebarau

Shah dengan Sebaraunyeeerrrr...

Nampak baju putih tuehhh shah sebarau... depan tue je aku nampak toman mega..sempat snap pic dia dpn aku. tgk gambar di bawah.

Toman mega

Selesai casting di putrajay kami pindah ke port baru "Port Rahsia", port kedua hanya 3 org saja sebab Shah sebarau ade kenduri ngan Apek.

SECOND REPORT: PORT RAHSIA

Air yang tenang jangan disangka tiada ikan dok melompat dum dam dum... sebab plan hari nieh just nak casting cari2 port last2 skali jumpa port tinggalan mmg gile laaaaaahhh tgk gambar dan video di bawah. siap memerang bagai dekat 3 pasang dok main2 siap gaduh semua cukup. Esok kami repeat tunggu laporan lagi sok sbb sok kami bawak set lengkap nak test tmpt tinggalan nieh. Ikan dia mmg gadang2 sisik org tinggal dekat pondok seketul besaq-besaq ibu jari kaki orang dewasa perghhhh tunggu report kami menyusul lagi yeeee.

Saksikan sendiri boiling gile di port rahsia.



Thursday, April 18, 2013

Lubuk terjah Putrajaya bawah jambatan

Selesai interview session aku, Shah wassap ape plan? Jom turun bawah jambatan. Aku pun menjawab jom aku on da way dah. Tiba dirumah Shah dalam jam 4:45ptg, trus amik Shah dan menuju ke lubuk terlarang. Misi mancing suka-suka kalo ade rezeki ade kalo xde ape boleh buat bro!!!.



Pemandangan lubuk yang kami terjah, sebelum tueh kami memancing di kawasan kolong air dimana majlis pebandaran Putrajaya mengepam ayaq untuk menyiram pokok-pokok dikawasan sekitar Putrajaya. Kawasan ni cantik airnya tenang dan seketika nampak sang toman mengambil nafas sekali dua.



Setelah penat mengarau di kolong ayaq nampak la kelibat seekor dua toman mengejar umpan. Shah pun cakap jom pindah port. Sampai saja diport aku menukar umpan kepada Zerek popper yang baru dibeli, start casting, jatuh sahaja atas air terus popper aku dibaham sang toman rempit, aku pun mengarau karau punya karau tiba-tiba line bertambah berat, ku ingatkan sangkut dikayu rupa-rupanya seekor lagi toman rempit membaham. Ini lah hasilnya dua ekor toman rempit satu baham mata atas, satu baham mata bawah.



Shah pulak main sebelah bahagian kanan aku, casting punya casting sang toman rempit membaham lagi popper shah, sampai terburai mata toman, sian kat dia, kalo pas nieh sesapa yang mancing disini dapat toman mata satu tueh namanya toman pirate, namakan lah ia sebagai toman shah hehehe.

Walaupun trip ini sekejap saja sekadar dari jam 5:25ptg sehingga 7ptg namum kami berdua puas walaupun sekadar berjaya mendaratkan toman rempit tiga ekor. Shah kehilangan spoon rm3.50 2 ketul akibat casting tersangkut di batu, nak turun p amik cuak gak, kang apa-apa jadi susah xpe lah kire rezeki tasik la nak wat cam mane.

HAPPY GO LUCKY ANGLERS!!!