Sunday, June 9, 2013

Komplot Kolam JPJ Semenyih

Salam semua, Sekian lama blog x diupdate kami sajikan komplot kami ke kolam JPJ Semenyih. Sorry la baru nak update setelah sekian lama sebab aku kawin mane ade masa. So kali ni trip kami mencuba nasib di kolam JPJ Semenyih. Lokasi kolam berdekatan Jabatan Timbang JPJ Semenyih.



Rules and regulation of the Kolam. Sekadar Info.



Jadual ikan extra yang dimasukkan ke dalam kolam. Kat kolam nieh ade Siakap, Kerapu, Kaci, Senangin Taiwan tapi yang paling banyak Siakap je tp kuat-kuat best melayannn.



Pemandangan kawasan Kolam JPJ Semenyih ini, time pagi memang mencakop dan paling mencakop cara casting.





Harga sekali pancing minimum 3jam rm60 skali deposit. Yang bestnya ikan di kolam nieh sihat-sihat, agak besar untuk main dengan rod kecik dan kuat bertempur sedap laa kalo bawak rod kecik mmg best melayan hehehe.



Antara hasil-hasil casting



4 ekor je sorang Wan. KebaBOOM!!! siap balik sedekah kengkawan Maed ngan Naem lg sekoq dalam sekilo lebih.



Lan dan Apek bersama siakap dan Senangin Taiwan a.k.a BEWAKKK Lan 2kg++ hehehe menganjing sakan la Lan dok tayang kat pakcik-pakcik kerek kat kolam tueh hahhaa padan muka dioranggg.

Monday, May 20, 2013

Sirkit Pancing Putrajaya Siri 2/2013 [26 Mei 2013] - Daftar Yuran RM10.00/joran


Date: 26 May 2013
Time: 6:00 AM - 8:00 PM
Venue: Sisiran Tasik Presint 1 dan Sisiran Tasik Taman Wawasan Presint 2
Sirkit Pancing Putrajaya Siri 2/2013
TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN (Siri 2)

Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 26 Mei 2013 iaitu pada hari Ahad (7:30 pg hingga 12:30 tgh).

Hadiah Pertandingan                                                                                                                                 
i.Tempat Pertama RM 7,000.00
ii.Tempat KeduaRM 5,000.00
iii.Tempat KetigaRM 3,000.00
iv.Tempat 4-13RM 200.00
v.Tempat 14 – 20Saguhati

Pendaftaran untuk penyertaan pertandingan adalah seperti berikut :
Di kios Information Center, Dataran Putra, Presint 1 dan Pusat Khidmat Pelanggan di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula pada 13 – 24 Mei 2013. Waktu urusan kaunter dibuka pada jam :
         
  • 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
  •      
  • 2.00 hingga 5.00 petang
  •      
  • Pendaftaran secara online bermula pada 6 Mei 2013 dan berakhir pada 22 Mei 2013, jam 11.59pm
  •      
  • Tapak pertandingan bermula jam 10.00 pagi,  25 Mei 2013 sehingga tamat masa pertandingan 12.30 tengahari, 26 Mei 2013)
  •    
   
Acara Sampingan 
Program Kenali dan Mengenali Burung (25 – 26 Mei 2013)
  • Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar.
  •    
  • Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak (2 kategori iaitu 9 - 7 tahun dan 10 -12 tahun).
  •    
  • Pertandingan Memancing Udang untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) dengan bayaran RM 3.00/20 minit.


JOM LAA DAFTAR..SEMBANG KATA GENG "KEBABOOM.." TAKKAN X BERANI KOT..


*Pendaftaran Online [Klik Di sini]



JENIS-JENIS IKAN YANG DI PERTANDINGKAN

Sebarau (Jungle Perch)     >10 in. /25cm
Jelawat (Sultan fish)     >10 in. /25cm
Belida (Knife fish)     >10 in. /25cm
Ketutu (Marble Goby)     >10 in. /25cm
Lampam (Barb)     >7 in. /18cm
Tenggalan (Another type of Barb)     14 in. /30cm
Kelah (Mahseer)     All sizes
Temoleh (Jullien’s Golden Carp)     All sizes
Tengas (Copper Mahseer)     All sizes
Bujuk (A type of snakehead)     All sizes
Kerai (Another type of barb)     All sizes

Saturday, May 18, 2013

Komplot Putrajaya Bawah Jambatan & Port Rahsia

Salam, Setelah menyepi dan agak bersawang blog nieh, kami pun merancang tuk mengadakan trip satu hari lenjan!!! Cakap banyak x guna tgk je gambar2 bawah nieh. Toman mega, toman lucut dan Shah Sebarau.

FIRST REPORT: PORT BAWAH JAMBATAN PUTRAJAYA







Port shah menghook sebarau

Shah dengan Sebaraunyeeerrrr...

Nampak baju putih tuehhh shah sebarau... depan tue je aku nampak toman mega..sempat snap pic dia dpn aku. tgk gambar di bawah.

Toman mega

Selesai casting di putrajay kami pindah ke port baru "Port Rahsia", port kedua hanya 3 org saja sebab Shah sebarau ade kenduri ngan Apek.

SECOND REPORT: PORT RAHSIA

Air yang tenang jangan disangka tiada ikan dok melompat dum dam dum... sebab plan hari nieh just nak casting cari2 port last2 skali jumpa port tinggalan mmg gile laaaaaahhh tgk gambar dan video di bawah. siap memerang bagai dekat 3 pasang dok main2 siap gaduh semua cukup. Esok kami repeat tunggu laporan lagi sok sbb sok kami bawak set lengkap nak test tmpt tinggalan nieh. Ikan dia mmg gadang2 sisik org tinggal dekat pondok seketul besaq-besaq ibu jari kaki orang dewasa perghhhh tunggu report kami menyusul lagi yeeee.

Saksikan sendiri boiling gile di port rahsia.



Thursday, April 18, 2013

Lubuk terjah Putrajaya bawah jambatan

Selesai interview session aku, Shah wassap ape plan? Jom turun bawah jambatan. Aku pun menjawab jom aku on da way dah. Tiba dirumah Shah dalam jam 4:45ptg, trus amik Shah dan menuju ke lubuk terlarang. Misi mancing suka-suka kalo ade rezeki ade kalo xde ape boleh buat bro!!!.



Pemandangan lubuk yang kami terjah, sebelum tueh kami memancing di kawasan kolong air dimana majlis pebandaran Putrajaya mengepam ayaq untuk menyiram pokok-pokok dikawasan sekitar Putrajaya. Kawasan ni cantik airnya tenang dan seketika nampak sang toman mengambil nafas sekali dua.



Setelah penat mengarau di kolong ayaq nampak la kelibat seekor dua toman mengejar umpan. Shah pun cakap jom pindah port. Sampai saja diport aku menukar umpan kepada Zerek popper yang baru dibeli, start casting, jatuh sahaja atas air terus popper aku dibaham sang toman rempit, aku pun mengarau karau punya karau tiba-tiba line bertambah berat, ku ingatkan sangkut dikayu rupa-rupanya seekor lagi toman rempit membaham. Ini lah hasilnya dua ekor toman rempit satu baham mata atas, satu baham mata bawah.



Shah pulak main sebelah bahagian kanan aku, casting punya casting sang toman rempit membaham lagi popper shah, sampai terburai mata toman, sian kat dia, kalo pas nieh sesapa yang mancing disini dapat toman mata satu tueh namanya toman pirate, namakan lah ia sebagai toman shah hehehe.

Walaupun trip ini sekejap saja sekadar dari jam 5:25ptg sehingga 7ptg namum kami berdua puas walaupun sekadar berjaya mendaratkan toman rempit tiga ekor. Shah kehilangan spoon rm3.50 2 ketul akibat casting tersangkut di batu, nak turun p amik cuak gak, kang apa-apa jadi susah xpe lah kire rezeki tasik la nak wat cam mane.

HAPPY GO LUCKY ANGLERS!!!

Sealion Fishing Pond Kolam 4

Setelah penat seminggu berkempen akhirnya semua setuju untuk menerjah Sealion Kolam 4 13.4.2013. Wan dengan semangat juang yang tinggi tiba awal tuk trip midnite kali nieh. Kali nieh sampai tengok keadaan kolam x ramai orang. Memang semangat la nak naik ikan malam tueh. Bayaran midnite trip rm67 dari jam 11:30malam sehingga 7pagi.



Senarai ikan yang ditulis atas kertas cukup menguja pemancing2 ulong seperti kami kah kah kah ulong la sangat xtaw 7 pagi esok dpt apa.



Pemandangan persekitaran kolam no 4 nieh



Kincir ayaq yang kejap hidup kejap x hidup akibat gangguan elektrik siap meletup power point berasap abih.



Komplot diakhiri dengan kekecewaan belangkas sekoq dan anak gelama 5 ekoq oleh Maed. Tah apa2 kolam nieh, karen xdak la, ayaq x pam masuk la macam-macam excuse bangla tueh bg bila kitorang tanya mana ikan? lepas berapa ekoq? cuma sekali sahaja ikan dilepaskan pada pukul 3pg.

Walaupun x dpt ikan kami still happy disebabkan berjaya berkumpul ramai2. tamat sesi kami pun singgah dekat mapley dapat la shah roti canai tapau ngan lan. sebab nak balas dendam geram punya pasal kami berlima belasah nasik kandaq, lega haihhhhhh kecuali apek poyo yang makan roti canai hehehe (sebenarnya nak balik makan ayaq tgn bini tueh yang pekena roti canai jaa)... Sorry geng sebab rekomen port x best, kasi pangkah ini kolam kita terjah lubuk lain pulak.

Sunday, April 7, 2013

Komplot ke Pantai Mok Nik

Lokasi: Pantai Mok Nik, Terengganu Peserta: Naem ngan Maed

Tahniah kepada seorang ahli kebaboom Maed, sebab selesai sudah mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang. Moga dipanjangkan usia berbahagia sehingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki. Sesi honeymoon x dilepaskan oleh Maed dan Naem yang ade bisnes di Terengganu untuk melabuhkan rod di tepi pantai Mok Nik.


Lokasi pantai yang tenang dan berangin.


Maed dgn hasil tangkapannya. Ikan Gerong berbekalkan umpan sotong dan ikan kembung yang berjaya menaikkan ikan nieh.


Ikan Naem. Sama jenis maybe ikan nieh jenis berkumpulan dok lalu lalang kat situ mmg kena sebat la dgn Maed ngan Naem nieh.


Ikan Gerong yang berjaya dinaikkan seberat 2.8kg dan 2.5kg setiap sekor. Yahoooo!!! KebaBOOM!!!

Nanti semua free kita kasi terjah Pantai Mok Nik nieh, tp rod galah kena la beli dulu hehehe. Sampai sini dahulu laporan Salam Komplot. Minggu depan dengaq cer nak p S24 ramai2 jadi ka? Malam jumaat maw ka sampai pagi sabtu xpun malam sabtu sampai pagi ahad? Tengah hari panas sangat nak jadi udang kering boleh laaaa. Kalo ada cadangan habaq naaaa.

Sunday, March 31, 2013

Kolam Memancing Seksyen 24, Shah Alam (Second Report)

Komplot Kolam Seksyen 24, Shah Alam.

Peserta: Apek & Wan

Setelah beberapa hari dok bincang dok suluh, dok korek akhirnya kami berdua set untuk pergi ke kolam seksyen 24, Shah Alam. Niat hati nak wak naik patin ngan mekong a.k.a plabuk tp lain pulak jadi nya... Wan sampai awai skit dalam kol 7.25 dah sampai sementara menunggu apek amik la snapshots kawasan kolam di pagi hari, mmg ramai kolam nieh walaupun time pagi, mmg meriah laaa geng sana dok sorak geng sini dok sorak masing2 mesin katak dok bunyi kreeeekkkk krokkkkkk, adoiii x tahan...



Pemandangan pagi ramai dan nyaman bersama bunyi mesin dirembat di sana-sini.



Nak cari port lepak susah giler semua pondok penuh.



Kehadiran Apek menceriakan keadaan, macam nak p picnic dah macam2 dia bawak dari roti potato, susu dutch lady strawberry, roti buku sedap, dedak macam2, pes vanila... dan lain2 lagi...



Setelah lama dok tunggu umpan dimakan tiba2 mesin apek direntap terus aku pun habaq kat Apek "Apek rod hang" dengan slumber Apek pun gulung... gulung2 sap Apek sebat apa lg mengelicai la ikan tueh lari tarik punya tarik punya tarik naik la seekor Tongsan yang disauk Wan. Berat jugak 8.7kg



Aku bersama Tongsan Apek yg aku sauk. Aku dpt sauk ikan je, ikan xnak makan umpan rod aku :( xpe xde rezeki arinieh, next time aku cuba lg.



Lepas tueh tunggu lama jugak la kena lagi rod apek, tarik lg Apek naik lg sekoq Tongsan kecik skit dalam 5kg.

Kesimpulannya trip kali nieh Apek syiok dpt dua kali tarik Tongsan gadang aku dpt sauk ja dua kali. Insyallah nanti kami repeat lg kolam nieh. Last2 before balik rod Apek kene sentap bunyi drag dah cun, Apek sebat2 putus pulak, gaya cam ikan besaq wallahuallam, tp ikan kolam nieh mmg gadang2 cap badang. Ikan gar fish pun nampak kelibat dok ambik nafas 2,3 kali td, next time cari gar fish pulak lerrrr heheheh. Next Time Kite Repeat!!! Roger & Out!!!

Friday, March 29, 2013

Colection Komplot KebaBOOM!!

Reminder akan dihantar setiap 7hb setiap bulan.
sila bank in ke no acc MAYBANK Wan Baby  157091124828  untuk kelancaran aktiviti kita.

ke arah menuju status PRO. 

Setelah bercakap - cakap kosong semingu dua ni, diharapkan kite dapat memulakan aktiviti colection wang perlindungan bulanan setiap ahli.

Setakat ni Ahli tetap ialah

Lan Caster
Shah Bihun
Wan Baby
Apek Dedak
Maed Tongsan
Naem Bakery
Ezat (gelaran datang kemudian)

sape lagi ek?

Colection bulanan RM25 sebulan.
target ujung taun harap2 dapat RM1000.

mari kite undi sape menjadik pemegang amanah.


kirtaran kutipan adalah pada setiap 7hb setiap bulan memandangkan gaji sume Insyallah dah masuk.
target kite Ujung tahun boleh mengunakan duit ini untuk Grand Trip Kebaboom!!

sila update pendapat korang di ruangan Komen. 

Kolam Memancing Seksyen 24, Shah Alam (First Report)

Trip Kolam Memancing Seksyen 24, Shah Alam

Peserta: Maed & Naem
Lokasi: S24, Shah Alam
Masa: 3pg - 6pg

Dek diracun Naem, Maed cargas mengambil peralatan memancing dan trus mereka menuju ke Kolam S24, wan ngan apek baru start dok bercerita nak p ahad nieh diorang dah sampai dulu demmm!!!, Kolam nieh berasaskan konsep Kolam BungSamran kat Bangkok hasil dari dok baca forum-forum dan blog-blog orang lain. Hasilnya naik la Tongsan 7.9kg, tp x masuk jackpot sebab jackpot sini 15kg atas ja hahaha perghhhh... Bayaran RM30 untuk 10jam maybe tuk midnite kot rate siang maybe lain skit, nanti aku p pg Ahad nieh aku lapor lg.

Rahsia Kolam (sumber Maed):
1) Dedak untuk main Tongsan
2) Pakai palet 6363 + plampung main Mekong @ Plabuk
3) Pakai roti potato + perisa strawberry main Patin
4) Waktu terbaik awal pagi start kol 6.30pg - 7.00pg ikan frenzy



Ikan haluihhhhhhh...



Nie baru ikan hahaha Tongsan Maed 7.9kg



Maed sengih baguihhhh haihhhh puaihhh hati tarik... tidoq pun dok sengih tongsan hehehe.

Sampai sini dulu laporan buat masa ini, tunggu Ahad nieh wan ngan apek akan menyusul dan kami akan melaporkan lagi hasil-hasil yg terbaik dari kolam Seksyen 24, Shah Alam nieh.

Wassalammm... Fishing is not a hobby, is a passion!!!

Saturday, March 23, 2013

Wetland Putrajaya Trip

Trip Wetland Peserta: Apek, Wan, Naem dan Maed (Visitor)

Trip bermula sejak jam 9pg dan berakhir jam 5ptg. Bayaran masuk hanya RM20 untuk sebatang rod. Dah semanagt nak pergi sekali org kaunter cakap orang jaga bot cuti terpaksa la kami bertiga mancing dari tepi ja. Pakai rod biasa ja, dedak, roti memang nak baling jauh tp x sampai2 kena guna batu baru p jauh sket. Jadi apa tunggu lagi ayuh kita baca laporan trip kali ini.

Lokasi Wetland,Putrajaya



Pemandangan Indah Di Wetland, Putrajaya yg menjanjikan seribu harapan kepada pemancing-pemancing





Tangkapan Pertama Apek - KebaBOOM!!! hahaha



KebaBOOM Lampam lagi


Port Memancing Lampam - Target ikan lain tp ikan lampam ja yg mkn



Hasil sehari - Mengecewakan... Stoned teruk!!! Bangau!!! Pangkah!!! Semua ada!!!



Walaupun keciwa tapi Apek masih mampu tersenyum dengan 3 ekor lampam yg berjaya dihook. Tahniah Apek!!! Aku ngan Naem malu nak bergambaq keciwa... keciwa...



Jadi kepada sesiapa yang ingin menjenguk Wetland, Putrajaya pastikan hati kental baru pergi!!!

Wednesday, March 20, 2013

Trip Terjah Putrajaya

Trip Terjah Putrajaya 20 March 2013
Lan & Shah


Lokasi kawasan cantik gilerrr!!! Teringin nak p aihhh...

Lan dengan Tomannyeee...

Gambar x brapa byk this time nanti next komplot tambah lg. Nanti komplot wetland sabtu nieh. Akan diupdate hasilnye harap2 ade la sekor dua kene hehehe :)