Thursday, April 18, 2013

Lubuk terjah Putrajaya bawah jambatan

Selesai interview session aku, Shah wassap ape plan? Jom turun bawah jambatan. Aku pun menjawab jom aku on da way dah. Tiba dirumah Shah dalam jam 4:45ptg, trus amik Shah dan menuju ke lubuk terlarang. Misi mancing suka-suka kalo ade rezeki ade kalo xde ape boleh buat bro!!!.



Pemandangan lubuk yang kami terjah, sebelum tueh kami memancing di kawasan kolong air dimana majlis pebandaran Putrajaya mengepam ayaq untuk menyiram pokok-pokok dikawasan sekitar Putrajaya. Kawasan ni cantik airnya tenang dan seketika nampak sang toman mengambil nafas sekali dua.



Setelah penat mengarau di kolong ayaq nampak la kelibat seekor dua toman mengejar umpan. Shah pun cakap jom pindah port. Sampai saja diport aku menukar umpan kepada Zerek popper yang baru dibeli, start casting, jatuh sahaja atas air terus popper aku dibaham sang toman rempit, aku pun mengarau karau punya karau tiba-tiba line bertambah berat, ku ingatkan sangkut dikayu rupa-rupanya seekor lagi toman rempit membaham. Ini lah hasilnya dua ekor toman rempit satu baham mata atas, satu baham mata bawah.



Shah pulak main sebelah bahagian kanan aku, casting punya casting sang toman rempit membaham lagi popper shah, sampai terburai mata toman, sian kat dia, kalo pas nieh sesapa yang mancing disini dapat toman mata satu tueh namanya toman pirate, namakan lah ia sebagai toman shah hehehe.

Walaupun trip ini sekejap saja sekadar dari jam 5:25ptg sehingga 7ptg namum kami berdua puas walaupun sekadar berjaya mendaratkan toman rempit tiga ekor. Shah kehilangan spoon rm3.50 2 ketul akibat casting tersangkut di batu, nak turun p amik cuak gak, kang apa-apa jadi susah xpe lah kire rezeki tasik la nak wat cam mane.

HAPPY GO LUCKY ANGLERS!!!

Sealion Fishing Pond Kolam 4

Setelah penat seminggu berkempen akhirnya semua setuju untuk menerjah Sealion Kolam 4 13.4.2013. Wan dengan semangat juang yang tinggi tiba awal tuk trip midnite kali nieh. Kali nieh sampai tengok keadaan kolam x ramai orang. Memang semangat la nak naik ikan malam tueh. Bayaran midnite trip rm67 dari jam 11:30malam sehingga 7pagi.



Senarai ikan yang ditulis atas kertas cukup menguja pemancing2 ulong seperti kami kah kah kah ulong la sangat xtaw 7 pagi esok dpt apa.



Pemandangan persekitaran kolam no 4 nieh



Kincir ayaq yang kejap hidup kejap x hidup akibat gangguan elektrik siap meletup power point berasap abih.



Komplot diakhiri dengan kekecewaan belangkas sekoq dan anak gelama 5 ekoq oleh Maed. Tah apa2 kolam nieh, karen xdak la, ayaq x pam masuk la macam-macam excuse bangla tueh bg bila kitorang tanya mana ikan? lepas berapa ekoq? cuma sekali sahaja ikan dilepaskan pada pukul 3pg.

Walaupun x dpt ikan kami still happy disebabkan berjaya berkumpul ramai2. tamat sesi kami pun singgah dekat mapley dapat la shah roti canai tapau ngan lan. sebab nak balas dendam geram punya pasal kami berlima belasah nasik kandaq, lega haihhhhhh kecuali apek poyo yang makan roti canai hehehe (sebenarnya nak balik makan ayaq tgn bini tueh yang pekena roti canai jaa)... Sorry geng sebab rekomen port x best, kasi pangkah ini kolam kita terjah lubuk lain pulak.

Sunday, April 7, 2013

Komplot ke Pantai Mok Nik

Lokasi: Pantai Mok Nik, Terengganu Peserta: Naem ngan Maed

Tahniah kepada seorang ahli kebaboom Maed, sebab selesai sudah mendirikan rumah tangga bersama insan tersayang. Moga dipanjangkan usia berbahagia sehingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki. Sesi honeymoon x dilepaskan oleh Maed dan Naem yang ade bisnes di Terengganu untuk melabuhkan rod di tepi pantai Mok Nik.


Lokasi pantai yang tenang dan berangin.


Maed dgn hasil tangkapannya. Ikan Gerong berbekalkan umpan sotong dan ikan kembung yang berjaya menaikkan ikan nieh.


Ikan Naem. Sama jenis maybe ikan nieh jenis berkumpulan dok lalu lalang kat situ mmg kena sebat la dgn Maed ngan Naem nieh.


Ikan Gerong yang berjaya dinaikkan seberat 2.8kg dan 2.5kg setiap sekor. Yahoooo!!! KebaBOOM!!!

Nanti semua free kita kasi terjah Pantai Mok Nik nieh, tp rod galah kena la beli dulu hehehe. Sampai sini dahulu laporan Salam Komplot. Minggu depan dengaq cer nak p S24 ramai2 jadi ka? Malam jumaat maw ka sampai pagi sabtu xpun malam sabtu sampai pagi ahad? Tengah hari panas sangat nak jadi udang kering boleh laaaa. Kalo ada cadangan habaq naaaa.