Thursday, April 18, 2013

Lubuk terjah Putrajaya bawah jambatan

Selesai interview session aku, Shah wassap ape plan? Jom turun bawah jambatan. Aku pun menjawab jom aku on da way dah. Tiba dirumah Shah dalam jam 4:45ptg, trus amik Shah dan menuju ke lubuk terlarang. Misi mancing suka-suka kalo ade rezeki ade kalo xde ape boleh buat bro!!!.



Pemandangan lubuk yang kami terjah, sebelum tueh kami memancing di kawasan kolong air dimana majlis pebandaran Putrajaya mengepam ayaq untuk menyiram pokok-pokok dikawasan sekitar Putrajaya. Kawasan ni cantik airnya tenang dan seketika nampak sang toman mengambil nafas sekali dua.



Setelah penat mengarau di kolong ayaq nampak la kelibat seekor dua toman mengejar umpan. Shah pun cakap jom pindah port. Sampai saja diport aku menukar umpan kepada Zerek popper yang baru dibeli, start casting, jatuh sahaja atas air terus popper aku dibaham sang toman rempit, aku pun mengarau karau punya karau tiba-tiba line bertambah berat, ku ingatkan sangkut dikayu rupa-rupanya seekor lagi toman rempit membaham. Ini lah hasilnya dua ekor toman rempit satu baham mata atas, satu baham mata bawah.



Shah pulak main sebelah bahagian kanan aku, casting punya casting sang toman rempit membaham lagi popper shah, sampai terburai mata toman, sian kat dia, kalo pas nieh sesapa yang mancing disini dapat toman mata satu tueh namanya toman pirate, namakan lah ia sebagai toman shah hehehe.

Walaupun trip ini sekejap saja sekadar dari jam 5:25ptg sehingga 7ptg namum kami berdua puas walaupun sekadar berjaya mendaratkan toman rempit tiga ekor. Shah kehilangan spoon rm3.50 2 ketul akibat casting tersangkut di batu, nak turun p amik cuak gak, kang apa-apa jadi susah xpe lah kire rezeki tasik la nak wat cam mane.

HAPPY GO LUCKY ANGLERS!!!

12 comments:

  1. Bleh repeat kalo boring-boring port nieh, memuaskan jugak walaupun dok layan toman rempit, nak try main dalam skit tasik tueh baru bleh jumpa papa and mama toman hehehe.

    ReplyDelete
  2. cube try bl lps hujan lebat...mesti ade papa ngn mama toman...pasal bl hujan lebat, air tasik tu kuar lagi banyak..toman2 tu biase folo skali trun..

    ReplyDelete
  3. mane update baru, bangcik update la pasal lure yg hang beli.. alaa yg bengkok kene ranting tu.

    ReplyDelete
  4. Pemandangan lubuk yang kami terjah, sebelum tueh kami memancing di kawasan kolong air dimana (majlis pebandaran Putrajaya ? ) mengepam ayaq untuk menyiram pokok-pokok dikawasan sekitar Putrajaya. Kawasan ni cantik airnya tenang dan seketika nampak sang toman mengambil nafas sekali dua.

    ReplyDelete
  5. Hati-hati buat blog...Disebabkan terang-terang tunjuk muka member2,so u all dalam perhatian ok.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Jika memancing adalah satu jenayah, anda mmg terbaekk!!!
    Sedangkan masih ada byk lg kesalahan yg dilakukan di sekitar putrajaya dipandang enteng pihat berkuasa..kelakuan kurang sopan (maksiat) dan minom arak di kewasan rekreasi pon xde siapa yg amik peduli..macam mana plak tu???

    ReplyDelete
  8. Jika memancing adalah satu jenayah, anda mmg terbaekk! !!
    Jika nk dibandingkan dgn berkelakuan tidak sopan ( maksiat ) dan minom arak di kawasan rekreasi dan awam,memancing tetap jenayah..maksiat dan minom arak di pandang enteng oleh pihak berkuasa..mcm mana pulak tu??

    ReplyDelete
  9. Yeah.. Mancing jenayah berat. Mancing rosak akhlak. Melepak ats jambatan depan picc tu perbuatan terpuji. Merempit mlm2 atas jambatan, perlu jadi contoh. Tahniah pokjoe. Maju la bangsa Melayu dgn ank muda melepak, merempit. Semua boleh d putrajaya asalkan bukan mancing.

    ReplyDelete
  10. happy to be a malaysian..can't fish anywhere..lol

    ReplyDelete