Pemandangan lubuk yang kami terjah, sebelum tueh kami memancing di kawasan kolong air dimana majlis pebandaran Putrajaya mengepam ayaq untuk menyiram pokok-pokok dikawasan sekitar Putrajaya. Kawasan ni cantik airnya tenang dan seketika nampak sang toman mengambil nafas sekali dua.
Setelah penat mengarau di kolong ayaq nampak la kelibat seekor dua toman mengejar umpan. Shah pun cakap jom pindah port. Sampai saja diport aku menukar umpan kepada Zerek popper yang baru dibeli, start casting, jatuh sahaja atas air terus popper aku dibaham sang toman rempit, aku pun mengarau karau punya karau tiba-tiba line bertambah berat, ku ingatkan sangkut dikayu rupa-rupanya seekor lagi toman rempit membaham. Ini lah hasilnya dua ekor toman rempit satu baham mata atas, satu baham mata bawah.
Shah pulak main sebelah bahagian kanan aku, casting punya casting sang toman rempit membaham lagi popper shah, sampai terburai mata toman, sian kat dia, kalo pas nieh sesapa yang mancing disini dapat toman mata satu tueh namanya toman pirate, namakan lah ia sebagai toman shah hehehe.
Walaupun trip ini sekejap saja sekadar dari jam 5:25ptg sehingga 7ptg namum kami berdua puas walaupun sekadar berjaya mendaratkan toman rempit tiga ekor. Shah kehilangan spoon rm3.50 2 ketul akibat casting tersangkut di batu, nak turun p amik cuak gak, kang apa-apa jadi susah xpe lah kire rezeki tasik la nak wat cam mane.
HAPPY GO LUCKY ANGLERS!!!







